Kampung Kok Pasir terletak di daerah Sungai Pinang dalam Jajahan Tumpat lokasinya kira-kira 7 kilometer dari Bandar Tumpat dan 15 kilometer dari ibu Negeri Kelantan iaitu Kota Bharu. Keluasannya kira-kira 270 ekar.
Dari Destinasi lain, ke Kg Kok Pasir boleh melalui jalan raya, jalan keretapi dan jalan sungai.
Kampung sekitar Kok Pasir ialah , Kg. Kok Keli, Kg. Hutan Jambu, Kampung Belian dan Kg. Berangan. Pada tahun 2003 penduduk Kok Pasir seramai 1788 orang dan 100 % berbangsa Melayu dan beragama Islam.
No comments:
Post a Comment